Memaparkan catatan dengan label Hantu Silap Mata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hantu Silap Mata. Papar semua catatan

Jom Layan Novel Hantu Silap Mata


Hantu Silap Mata
Pengarang : Alif Firdaus Azis
Penerbit : PTS One Sdn Bhd
Harga : RM 15.00
ISBN : 978-983-3654-13-0;

Sinopsis

"Percaya dirinya mampu terbang."


Silap Mata adalah mainan hidupnya.


“Ini bukan teori gila, memang manusia ada potensi mampu mengapungkan diri di udara. Ahli agama, pengamal yoga… ada antara mereka boleh terbang. Sekiranya mahu bukti, encik semak biografi Sai Baba, dari india. Dia juga boleh terbang.” Rasyid seakan budak kecil yang cuba menegakkan kata-katanya.


Sesiapa yang mendengarnya, pasti menganggap Rasyid gila. Namun dia yakin dengan katanya itu.


Ahli silap mata adalah saintis yang nampak seperti ahli sihir. Tetapi mereka bukan ahli sihir. Mereka hanyalah genius yang suka menghiburkan orang. Rasyid adalah orang jenis ini.


Novel nie memang best giler. Aku minat novel macam nie. Kalau korang baca kan,fuh! Nak baca lagi sambungannya. Sebenarnya aku terjumpa novel nie dalam bilik aku. Tengok tajuk cam menarik jer. Apa tunggu lagi,terus amik..baca dalam bilik. Aku membacanya dengan khusyuknya sampai terbawa-bawa dalam alam khayalan.  

Aku syorkan korang membeli novel nie kalau masih ada stok. Lagipun,adik aku dapat novel nie dari perpustakaan. Bagus kan perpustakan sekolah adik aku? Ada macam-macam novel. Banyak lagi novel yang best-best aku baca.. Semuanya tentang cinta beb!! Wa layan jiwang...hahaha..

Korang plak suka baca novel yang macam mana? Jiwang? Emosi? Serius? Apa lagi ye? Entah la..yang aku tahu novel cinta je..Kih3. Aku rasa korang tak baca novel lain selain novel sal cinta kan?? CInta itu buta..ahaks.  Nak tahu dengan lebih lanjut novel Hantu Silap Mata? Pergi beli laa..hehe... Kalau nak tengok videonya..klik sini. Laman web pun ada. Semuanya pasal silap mata. Jangan tersilap pandang sudah la kan? Okeyh..korang layan dulu..Layan apa? Layan je la pape....
jom baca lagi