Assalamualaikum wbt. Baiklah.. Pihak kerajaan cakap kenaikan harga minyak dan gula baru-baru ini tidak membebankan rakyat. Ya,saya setuju dengan kenyataan itu untuk rakyat yang bergaji tinggi,bergaji besar macam menteri-menteri dan sebagainya. Menteri-menteri mana ada isi minyak sendiri,kan? Kalau ada,alhamdulillah.
Ketika saya bersekolah di Kampung Kuala Balah yang berada di hulu Kelantan. Jalan antara Jeli-Gua Musang. Harga minyak di situ pun sudah mahal. Stesen minyak tiada di kampung saya. Jadi, ada penduduk kampung yang mengambil inisiatif menjual minyak yang di dalam tong. Pam macam itu lah. Nak bagi tahu dengan terperinci,saya pun tidak pandai.
Baiklah. Ketika kerajaan menaikkan harga minyak tahun lepas..seingat saya. Harga minyak di kampung pun naik menjadi RM 2.50 seliter. Saya ulangi! RM2.50. Bukannya RM1.80 seliter.. Nampak tak perbezaannya? Macam mana minyak tak naik,penduduk kampung yang menjual minyak ini membeli dari kawasan yang jauh kot. Saya tidak tahulah dari mana penduduk kampung atau peniaga minyak di kampung ini mendapatkan bekalannya. Namun,harga RM 2.50 seliter itu terlalu mahal. Alasanya mungkin,stesen minyak agak jauh..
Cuba bayangkan harga minyak di kampung pada masa sekarang sejurus kenaikan minyak sebanyak 5 sen? Sudah tentu akan naik, tidak percaya? Saya syorkan pihak kerajaan mengunjungi mana-mana kampung.Oh ya! Saya terlupa pula bahawa saya ini blogger picisan. Mana ada pihak kerajaan nak dengar kata-kata saya. Haha.
Harga gula pula? Tak usah cakaplah..Peniaga Malaysia hanya tahu mengaut keuntungan. Selepas itu,pihak berkuasa akan memandang enteng. Terseksalah kami yang bergaji kecil ini. Kesian warga kampung..Saya pun penduduk kampung dan saya pernah rasa.. Anda nilailah sendiri apa yang kerajaan hendak buat…
Walaubagaimanapun,saya amat “berterima kasih” dengan kerajaan kerana dengan kenaikan minyak ini,rakyat yang sememangnya dah susah akan “berusaha” untuk mencari rezeki menyara hidup yang penuh mencabar.. Assalamualaikum!