Salam kawan!! Adoi..aku nak mengadu nie..aku tak puas hati. Ari tue aku kan nak balik ke Kelantan. Jadi,kami sekeluarga singgah dari lapangan terbang Kuching kat Kuala Lumpur(LCCT). Apabila semua barang dah ambil..kami keluar la menuju ke tempat letak keta. Tunggu Pak Su aku datang..Semasa duk melintas di jalan tue..ada keta Toyota jenis apa entah bagi laluan..
[sekadar hiasan]
Jadi,kami melintas laah..Yang aku tak puas hati..ada pulak pemandu teksi hon kami orang. Cis! Dah terpampang kat sign borad “Bagi laluan kepada penumpang’’.Ini tidak…di hon kami orang.. Tak de adab langsung. Malu aku dengan sikap pemandu teksi sebegini. Kalaulah pelancong Negara lain tengok..malu weyh. Ini kah yang dikatakan budi bahasa rakyat Malaysia?? Hampeh!
Sebelum kejadian tue..ada plak van yang parking tengah jalan..menghalang laluan untuk melintas..kalau bawak troli mesti lalu kat laluan dia..mana boleh main terjun je..Kalau ikut hati..aku nak sound pakcik yang bawak van tue.. Kalau nak ambil penumpang pun agak-agak laa.. Ini tidak...ambil penumpang tapi orang lain tak dipedulikan.. Malu weyh dengan rakyat Malaysia gini.. Orang duk cakap..kita berbudi..tapi indah khabar dari rupa. Banyak yang buruk dari yang baik..
Selalu tak dengar pemandu teksi merayu? Gaji sikit laa..tak cukup makan..aku dengar pun sekian.tapi bila terkenang hal ini.Aku rasa..rasa menyampah pulak. Kerna nila setitik rosak susu sebelanga..tetapi tidak semua pemandu teksi begitu..hanya sekadar luahan..

