Memaparkan catatan dengan label Berlagak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berlagak. Papar semua catatan

Gah Ke Melayu????

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selepas melawat blog Ayie tadi. Terdetik di hati ingin berbicara berkenaan dengan Melayu. Walaupun sudah lama hajat di hati hendak berbicara soal ini tetapi malas lagi. Tak mahu hangatkan keadaaan.

Banyak kan kes berkaitan dengan Melayu sekarang? Cukup pening dibuatnya..Angkara siapa ya? Media atau kerajaan? Kalau Melayu sebelah kerajaan,mereka tuduh Melayu sebelah pembangkang. Begitu juga sebaliknya..

Itulah tingkahlaku orang Melayu. Saling tuduh menuduh dan bukannya mencari jalan penyelesaian. Bangsa lain duk tengok,tepuk tangan je la mereka. Ini satu kejayaan bagi mereka apabila Melayu asyik bertelingkah..

Melayu..kalau bab dendam number satu lah. Apa da? Sejak dahulu lagi kot,tidak boleh lihat bangsa sendiri maju. Sikap tolenrasi mula hilang.. Lepas itu pulak,ada segelintir Melayu yang rasa megah..berlagak..dengan apa yang dimiliki walaupun tidak seberapa… Ada duit tapi bakhil…Bila berduit mula lupa diri…

Hurm..macam-macam..Kalau google perkataan Melayu. Sah! Benda tak elok je la yang dijumpai. Salah siapa? Nak salahkan siapa? Nenek moyang? Marilah kita merenung diri kita..sikap kita…kelemahan kita…

Melayu..cakap tak serupa bikin..Betul ka? Sememangnya betul kan? Banyak dah pemimpim Melayu auta dia orang punya kata-kata…Aduhai…

Melayu juga..mudah lupa. Ye ke? Lupa pasal apa? Lupa pasal kejadian 13 Mei? Jangan lupa…bangsa lain dok perhatikan kita. Beringatlah… Aku malas nak cakap pasal Melayu..Nanti kita berbicara dengan lebih lanjut..Takut kena hentam dengan segelintir Melayu…

Dah tau dah..mudah beranggapan sebab memang begitu..kan?? Peace...Entri Amir ini hanya sekadar luahan tanpa disertakan fakta yang kukuh namun ia benar-benar berlaku. Jadi,terima lah kenyataan. Melalyu belum cukup Gah.

Segala pandangan dan pendapat anda amat Amir hargai. Kongsikan pandangan anda supaya kita boleh berbicara dengan lebih lanjut…Berfikit secara positif.. Melayu boleh!!
jom baca lagi