Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. Kaifa hal ya sodiq?? Semoga pembaca blog ini sentiasa sihat walafiat selalu. Terus kepada tajuk utama.
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana Allah masih memberi peluang kepada Barisan Nasional untuk memerintah Sarawak Bumi Kenyalang yang kaya dengan hasil bumi ini. Tidakkah kita terfikir apakah yang akan terjadi apabila Pakatan Rakyat memerintah Sarawak seperti mana 3 buah negeri yang dimiliki mereka(PR) sekarang ini? Lihatlah Pulai Pinang! Lihatlah Kelantan! Lihatlah Selangor! Ops! Ini bukan kempen politik tetapi inilah kebenaran yang harus kita terima.
Andai kata kita inginkan perubahan. Siapa yang lebih baik untuk kita pilih? Adakah Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat?
Katakanlah Barisan Nasional tidak menepati selera anda. Mahukah anda memilih Pakatan Rakyat? Iya, mesti anda mahu kerana anda mahukan perubahan tetapi perubahan bagaimanakah yang anda mahu selepas Barisan Nasional membangunkan negeri anda? Lihatlah Selangor. Adakah ada perubahan? ataupun hanya sekadar menikmati projek pembangunan yang dilaksanakan Barisan Nasional. Saya tidak kisah jika Pakatan menguasai Sarawak tetapi biarlah janji-jani yang "munasabah" itu dilaksanakan.
Sehubungan itu, pilih lah yang terbaik. Jika anda mahukan generasi anda hidup pada masa akan datang. Buatlah pilihan yang bijak namun jangan menggunakan konsep " Belum Cuba Belum Tahu" kerana sekali cuba pasti menyesal.. Macam juga dadah. Kita belum tahu bagaimana rasanya kan? Sebelum ini pun sekadar mendengar daripada media massa dan guru-guru bahawa dadah itu memudaratkan. Tetapi bila cuba bagaimana? Pasti akan menyesal.
Oleh itu, terima kasih rakyat Sarawak kerana anda memilih Barisan Nasional untuk membangunkan Sarawak. Saya berharap Barisan Nasional akan melaksanakan janji-janji yang diberi secepat mungkin. Oh ya, janji mana yang lebih baik? Janji yang lambat dilaksanakan ataupun janji yang memang tidak akan terlaksana? Cuma sekadar janji air liur.
*iklan*
Janji air liur ibarat hendak menempah tiket kapal terbang.
" Man, tolong tempah tiket untuk aku..?"
"Duitnya mana?"
" Duit..nantilah aku bagi.."
-gunakanlah kad kredit. Hahaha!-
*iklan*
Sekian terima kasih.
Pemerhati politik belasan tahun.
- Amir Izzat-
