Kelebihan Terbaik Telefon Bimbit Sony Ericsson Xperia X8

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt wahai pembaca blog Amir Izzat. Anda semua apa khabar? Sihat belaka?  Semoga anda semua sihat dan dirahmati Allah swt.

Baiklah.  Topik yang hendak Amir bincangkan pada hari ini ialah berkenaan android iaitu Kelebihan Terbaik Telefon Bimbit Sony Ericsson Xperia X8.


Sebelum ini, Amir ada berkongsi dengan pembaca mengenai KelemahanTelefon Bimbit Sony Ericsson Xperia X8 yang boleh dikatakan agak mengecewakan juga . Namun begitu, setelah menggunakan telefon bimbit tersebut selama 6 bulan kalau tidak silap. Banyak kelebihan yang ada pada Xperia X8 ini yang membuatkan hidup ini ceria selalu. Hehe!

Dan, membuatkan perasaan menyesal dulu menjadi seronok sampaikan aku berkata kat diri sendiri “ Amir, takpo! Mung kena redha. Guano kiro pun, tepon ni mung beli doh. Guno jah!” J

Persoalannya, apakah kelebihan telefon bimbit Xperia X8 ini? Jom! Kita terjah lagi!

1.       ROM/Versi Android  yang boleh ditukar.

-          Sukar untuk Amir terjemahkan maksud perkataan ROM ini.  Sekarang, telefon bimbit Xperia X8 menggunakan versi android 2.1 tetapi jika anda melakukan proses rooting, korang boleh menukarkan versi 2.1 ini kepada 2.2 (froyo) atau 2.3 (gingerbread) yang mempunyai  prestasi yang lebih menakjubkan walaupun ROM ini tidaklah 100 peratus sempurna(tak semua fungsi Froyo dan Gingerbread ada). Walaubagaimanapun, proses rooting ini agar berisiko yang boleh membuatkan telefon bimbit anda rosak. Sebenarnya, proses ini tidaklah susah mana pun.

“ Nasihat Amir, korang pasang dulu perisisan PC Companion dalam computer/laptop korang supaya korang dapat membaiki telefon korang jika berlaku masalah semasa proses root dijalankan.”

“ Fungsi MMS mungkin tak boleh digunakan selepas root”

-          Prestasi telefon korang selepas melakukan proses rooting in juga akan bertambah menarik Paparan UI yang KURENG juga akan menjadi CUN!. Contohnya,perisian yang ada boleh dipindahkan ke dalam kad memori dan jika korang bernasib baik,telefon korang akan mempunyai fungsi multi-touch. Kalau ada fungsi multi-touch, memang seronok lah bermain permainan Brother In Arm 2, Sandstorm dan pelbagai lagi lah permainan-permainan 3D yang menarik.

-          Untuk lebih jelas mengenai proses root ini sehinggalah kepada proses menukar rom. Korang boleh berkunjung ke blog www.soleheen.com dan fan page tokcing untuk pertanyaan mengenai apa-apa sahaja berkenaan Xperia X8 ini.  


2.       Menyokong permainan 3D ( 3D games).

-          Perkara yang Amir paling suka akan Xperia X8 ialah kerana telefon ini mampu membuatkan hidup Amir tidak bosan kerana Amir dapat menenangkan fikiran (tenang ke? Ahaks!) dengan bermain permainan Brothers in Arm 2, Sandstorm, Fifa 2011/2012, The Sims 3, Need 4 Speed Shift, Captain Amerika, Real Steel dan macam-macam lagi lah game 3D. Terbaik bukan? Kalau korang hendak muaturun game 3D ini, korang boleh berkunjung ke www.artoseven.blogspot.com.
-          Cuma, korang kena berani je! Hehe!

3.       Bajet rendah tetapi terbaik.

-          Cuba korang bayangkan, dengan bajet yang rendah korang akan dapat telefon yang mempunyai wifi, Sistem Operasi Android,rekaan yang sesuai untuk bermain game dan macam-macam lagi lah. Dulu, Amir nak tukar X8 ke Galaxy Mini tetapi Amir mendapati paparan Galaxy Mini tidak sebaik Xperia X8 yang mempunyai paparan ikon yang lebih menarik dan menonjol. Ikon Galaxy Mini tampak macam kartun ja. Tak syiok! Haha.
                           
-          Masalah “nyetok” atau “hang” atau “bikin panas” atau “lagging” tetap ada tetapi tidaklah selalu.

-          Seronok digunakan ketika mengakses facebook, twitter dan internet.

-          Walaupun murah, tetapi Xperia X8 berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Cop! Amir tak tahu lah nak kata apa lagi pasal kelebihan Xperia X8 ini memandangkan matlamat Amir ketika membeli telefon dulu ialah “ aku nok telefon hok ada wifi, skrin sesentuh, bulih main gang(game)”. Ketika itu, fokus utama ialah telefon yang ada GANG(game), WIFI dan skrin sesentuh. Maka, Xperia X8 ialah jawapannya. Oh ya! Tidak dilupakan, system operasinya iaitu Android. Ia lah kan, dengan bajet Amir yang rendah. Xperia X8 kot yang Amir mampu beli ketika itu dengan duit sendiri.

Bagi Amir, setiap telefon ada kelebihan dan kelemahan serta keburukannya cuma bagi Amir ketika membeli telefon, fungsi apakah  yang kita mahu pada telefon tersebut berdasarkan kepada keperluan seharian kita. Oleh kerana itu, fungsi kamera bukan menjadi fokus utama Amir kerana kamera Xperia X8 sangat TERUK ataupun orang putih kata “SUCKS!” atau “This handphone is so bloody hell!!”. Haha! Teruk kerana tidak mempunyai fungsi flash dan autofocus. – tapikan Amir ambil Xperia X8 sebab amoi yang jual telefon tu sangat cantik. Haha! Ngabe sungguh!

Sebenarnya, banyak kelebihan X8 ini jika versi Androidnya mampu ditingkatkan daripada 2.1 yang membosankan kepada 2.2(Froyo) atau 2.3(Gingerbread) secara rasmi kerana rekaan Xperia X8 sememangnya bagus. Namun begitu, kalau korang rasa korang ada duit banyak. Korang boleh beli telefon yang lebih bagus dan Amir yang “sesok” ni hanya mampu memiliki Xperia X8 sahaja. Tetapi impian Amir sekarang adalah untuk memiliki Samsung Galaxy SII dan Iphone 4S namun Amir sedar bahawa telefon adalah alat untuk memenuhi nafsu kita yang tidak pernah puas akan sesuatu.


Oleh itu, keburukan/kelemahan/kekurangan yang paling nyata semua telefon adalah dimana alat ini mampu membuatkan kita lupa akan Allah swt, begitu juga dengan alat elektronik yang lain.

Baiklah! Kepada pengguna Xperia X8, janganlah menyesal sehingga anda memaki hamun telefon ini secara radikal dan ganas kerana Xperia X8 ternyata tidak mengecewakan jika anda

1.       Melakukan proses root Xperia X8.
2.       Menukarkan kepada ROM/Versi Android yang stabil.(tidak semua rom adalah stabil)
3.       Pandai-pandailah mencari kelebihannya
4.       Gunakan setiap fungsi yang ada itu menjadi sesuatu yang menyeronokkan.
5.       Menghadiahkan kepada saudara mara maka anda tidak akan tertekan lagi. – Ahaks.

Setakat ini sajalah pendapat Amir, apa yang Amir nyatakan adalah berdasarkan pandangan Amir dari sudut seorang yang sukakan permainan multimedia.  Jika anda memiliki selera yang besar, Xperia X8 bukanlah pilihan yang sesuai tetapi Amir kesal kerana pihak Sony Ericsson TIDAK MAHU MENAIK TARAF VERSI ANDROID XPERIA X8 dan ketahanan baterinya agak TERUK(bergantung kepada ROM yang anda gunakan).

Baiklah. Panjang  sangat dah tampalan ini. Harapan Amir, semoga korang bahagia, bukan bahagia di tanjung rambutan ye. Tetapi bahagia dan bersyukur di atas rezeki yang Allah swt berikan. Assalamualaikum wbt.

Fikiran aku:

“ UMNO – Pejuang Melayu?” –  betul ke tapi kenapa bahasa Melayu tidak mendapat haknya?

“ Aku takut jika rakyat Malaysia tidak faham bahasa Melayu yang ku gunakan seperi permainan 3D itu sebenarnya game 3D.” – Maaf! Aku keliru istilah yang sebenar kerna aku cuba untuk menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

“ Pengguna Xperia X8 masih mampu tersenyum kot  dengan tahap prestasi telefon ini. Hehe! ”


2 comments:

Tanpa Nama berkata...

skrin cepat rosak...contoh taip mesej, tekan h jadi y tekan a mcm2 la..tiup angin pon gerak sendiri

Tanpa Nama berkata...

ana dah root ke gingerbread ternyata puas hati..skrin x8 lebih mantap dari x10 mini...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??