Maklumat Kemasukan | Cara Memohon Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik Dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012

Info Kemasukan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012.

Pengenalan.

1. Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional sedang melakukan proses transformasi, sejajar dengan agenda transformasi Negara.

2. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan sebahagian Sekolah Menengah Teknik(SMT) akan dinaik taraf secara berperingkat menjadi Kolej Vokasional (KV) manakala sepuluh Sekolah Menengah Teknik akan kekal menawarkan kursus teknikal.

3. Bermula pada tahun 2012, sebanyak 15 buah SMV akan menjadi rintis dan semua SMV akan menjadi KV pada tahun 2013.

4. Tempoh pengajian di KV ialah selama empat tahun (8 semester) manakala pengajian di SMV dan SMT ialah dua tahun.

5. Pelajar lepasan KV berpeluang menceburi alam pekerjaan bersesuaian dengan bidang yang dipelajari atau melanjutkan pelajaran ke Institutit Pendidikan Tinggi Vokasional.

Pensijilan.

1. Kolej Vokasional

a. Tahun 1 – 3 - Sijil Vokasional Malaysia

b. Tahun 4 - Diploma Kolej Vokasional

2. Sekolah Menengah Teknik (SMT) menawarkan program pendidikan teknikal peringkat Sijil Pelaran Malaysia (SPM).

3. Sekolah Menengah Vokasional (SMV) menawarkan program pendidikan vokasional dan kemahiran.

a. Pendidikan Vokasional - Sijil Pelajaran Malaysia

b. Kemahiran - Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan SPM.


CARA MEMOHON KE KOLEJ VOKASIONAL | SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL | SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2012.
Cara Memohon.

1. Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara

a. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my ATAU

b. Datang sendiri ke SMV atau SMT (walk-in)

2. Kemudahan Asrama

a. Kemudahan asrama disediakan di semua SMV dan SMT kecuali SMV Kuching, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.

3. Keputusan Permohonan

a. Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.

4. Syarat Memohon.

1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2011.

2. Kesihatan

a. Sihat tubuh badan.

b. Bebas daripada masalah penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja kursus dan amali.

c. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.

5. Syarat Khusus.

1. Kolej Vokasional

a. Peperiksaan Percubaan PMR - Pencapaian baik.

2. Bidang Teknikal

a. Peperiksaan PMR - Minimun B semua 8 mata pelajaran.

3. Bidang Vokasional

a. Peperiksaan Percubaan PMR - Pencapaian sederhana.

4. Bidang Kemahiran

a. Peperiksaan Percubaan PMR - Pencapaian rendah.

Pendapat Amir Izzat:

- Sebenarnya tidak ada apa yang hendak ku katakan cuma aku tak puas hati lah! Haha! Kenapa? Iya lah kan. Sebenarnya sebagai pelajar Katering sesi 2010/2011,aku amatlah cemburu dengan pelajar yang akan memasuki Kolej Vokasional ini. Pasai apa? Pasal mereka akan habis pengajian pada umur 19 tahun dengan mempunyai Diploma dan aku rasa pengajiannya akan lebih kepada amali bukannya teori seperti sekarang. Terbaik bukan? Tetapi malangnya, pelajar KV tidak akan mengambil SPM namun aku tidak pasti kesan ketiadaan sijil SPM ini terhadap mereka kelak.

- Sebenarnya, aku sendiri tidak jelas akan transformasi Kolej Vokasional ini. Bagaimana cara pengajiannya? Adakah lebih kepada kursus yang diambil semata-mata? Banyak persoalan yang timbul tetapi tidak apalah asalkan dengan transformasi SMV dan SMT kepada Kolej Vokasional ini akan melahirkan lebih ramai pelajar yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.

- Sehubungan itu, aku amat bersyukur kerana dengan transformasi ini. Pelajar Vokasional akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan masyarakat harus tahu pelajar Vokasional dan Teknikal ini bukanlah pelajar yang lemah tetapi pelajar yang mempunyai fikiran yang kreatif dan kritis. 
Nanti, aku akan senaraikan sekolah mana yang menjadi Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional untuk tahun 2012.

Nota: Semoga tampalan ini memberi manfaat!

Kemaskini:
Amir mohon maaf terlebih dahulu.Amir baru dapat maklumat baru dari mak Amir,guru BM Teknik Bachok. Sebenarnya, pelajar yang memasuki Kolej Vokasional ada mengambil peperiksaan SPM cuma subjeknya tidaklah banyak macam sekarang. Apa yang Amir tahu subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Agama Islam kena ambil. Jadi, korang tak usah risau lah kerana sijil SPM tetap korang ada. Harap maklum. Maaf di atas kesulitan.


FIkirku: "kalau takdok sijil SPM, nok sambung ngaji guano. Huhu"

8 comments:

D'ya Marshmello berkata...

actually hari tu ade penceramah from SMV Setapak, die ada terangkan pasal Kolej Vokasional.Siap buat demo lagi, ingatkan nak mohon tapi bila takde sijil SPM terus tak jadi nk mohon, hehe

LATEST ENTRY : Sanggup Curang Dengan Celcom Broadband

Amir Izzat berkata...

@D'ya Marshmello. ops! sebenarnya, ada sijil SPM. Amir baru tahu.. Hehe. Maaf. Jadi, kalau rasa nak mohon. Elok sesangatlah ye. :)

Tanpa Nama berkata...

awk, nk tnye, kirenya, bdk KV ni amek spm jgk r kan?

Amir Izzat berkata...

@Tanpa Nama. Ya! Diorang ada jugak ambil subjek SPM seperti Bahasa Melayu dan P. Agama Islam.

Tanpa Nama berkata...

klu kawe buleh result trial xberapo nk tggi..buleh ko kawe mohon..dio ambik ko kawe??

Amir Izzat berkata...

@Tanpa Nama..insyaAllah....boleh masuk..takdak hal. cuba mohon dulu..keputusan kawe pun tak molek jugok dulu tp boleh masuk... :)

Tanpa Nama berkata...

Latest info..modul Akademik KV ialah BM, BI, Bahasa Perniagaan, Sejarah, Maths. Science dan Agama..Mereka tak ambil SPM..tp guna CGPA untuk further ke IPTA/ IPTS..guna diploma vokasional. Akta pendidikan akan dirombak selaras dgn transformasi pendidikan teknik & Vokasional ni. Politeknik juga akan dinaik taraf jadi Universiti Politeknik pada 2015 bagi membuka laluan kepada Diploma KV..

Tanpa Nama berkata...

salam..modul akademik KV ialah BM, BI, Bahasa Perniagaan, sejarah, maths. sc dan agama. Mereka tak ambil SPM..tapi guna CGPA diploma vokasional nnt untuk further ke mana2 IPTA /IPTs..akta pendidikan akan dirombak bg selaraskan lulusan diploma vokasional dan membolehkan lulusan dari KV sambung belajar mengikut pengkhususan mereka.Kolej Vokasional sbg rintis untuk laluan pendidikan tinggi yang lebih singkat.Politeknik pula dalam proses naik taraf jadi universiti politeknik.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??