Adakah Anda Peduli Akan Bahasa Melayu?


Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada hari ini, keadaan agak luarbiasa terjadi pada diriku. Selalunya tidak begini tetapi hari ini aku bangun awal!!! Hehe! Kebiasaannya, sampai matahari terpacak atas kepala baru mata ni nak terbukak untuk melihat dunia tetapi hari ini agak luar biasa.

Kenapa dan mengapa?

Iya! Aku tahu sebab apabila aku dengar nasihat/kata-kata seorang Ustazah dalam tv1 aku mula hendak berubah. Pasai apa? Pasai Sambutan Maal Hijrah 1433. Iya! Aku hendak berhijrah dan berubah!

Baiklah! Lupakan pasal kisahku.

*******

Hari ini aku nak berbicara tentang Bahasa Melayu.

Kenapa hari ini? Kerana aku sudah lama memendam rasa untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Pedih!

Sering saja timbul persoalan dalam benak hatiku, berapa ramaikah manusia di Malaysia yang peduli akan memartabatkan dan memperkasakan Bahasa Melayu ini? Berapa kerat? Seorang? Dua orang? Cukup kah?

Apatah lagi wujud golongan yang mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.Bagi aku, golongan ini adalah mereka yang tidak sedar diri! Lebih mendukacitakan lagi mereka berbangsa Melayu. Persoalan yang timbul, adakah orang Melayu sudah lupa akan asal usul mereka ? Jikalau orang Melayu sendiri tidak memperjuangkan Bahasa Melayu itu sendiri, siapa lagi yang kita hendak harapkan?

Contohilah negara Perancis. Aku ada menonton satu dokumentari di TV1 yang dihos oleh Heliza kot. Tidak pasti nama pengacaranya namun apa yang pasti ialah kata-kata seorang penuntut dari Malaysia. Beliau kata " Kalau kat sini(perancis), kalau kita bercakap dalam bahasa Inggeris, diorang akan pandang sinis terhadap kita"

Jadi, apa yang hendak aku sampaikan adalah rakyat Perancis amat mementing bahasa ibunda mereka. Mengapa tidak kita?

Cuba tanya diri sendiri, " Bahasa apa yang aku guna bila berbual? Bahasa rojak?"

Cuba fikir balik kepentingan bahasa Melayu.

Aku amatlah sedih akan golongan yang tak sedar diri, berlagak dan haprak kerana bila mereka berbual mereka akan menggunakan BAHASA ROJAK! Kalau colek rojak tu sedak jugok! 

Kalau menulis dalam blog, ada yang tulis separuh bahasa Inggeris, separuh bahasa Melayu.

Entah! Aku tidak pasti apa yang ada dalam benak fikiran mereka.

Bagi aku, media juga memainkan peranan. Semalam(kot), aku ada tengok Melodi TV3. Hurm, apa nama pengacara Melodi tu ea? Ha! Dira Ahmad kan? Maaf kalau silap. Aku rasa kalau korang tengok Melodi korang boleh nilai bahasa apa entah yang digunakan oleh Dira. Jikakalau ada sesiapa yang sudi berjumpa dengan Dira atau mana-mana pengacara yang ada di Malaysia yang tidak pandai bercakap bahasa Melayu dengan betul, suruh mereka pergi kursus Bahasa Melayu dan belajar sampai fasih. Boleh?

Malu dan malu tahu tak?

Wujud persoalan di sini, apakah peranan media dalam memperkasakan Bahasa Melayu? - soalan ni keluar dalam kertas Bahasa Melayu SPM.

Oh ya, tidak dilupakan juga kepada menteri-menteri, pengacara-pengacara,blogger dan semua lapisan masyarakat. Perkara in harus dimulakan oleh kita sendiri bukan orang lain! 

Kita kena bersatu dan saling mengingati.

Kita tidak boleh takut sebab kita MEMPERTAHANKAN JIWA DAN MARUAH KITA!! BAHASA JIWA BANGSA!

Pasai apa takut nak tegur? Pasai tidak ada perasaan cinta akan tanah air. Entah la, aku pun tidak faham.

Bagi aku, kalau kita bermula dari kita sendiri. Maka kita boleh mengubah masyarakat.

Sehubungan itu, sayangilah Bahasa Melayu  kita. Bahasa Kebangsaan kita! Bahasa ibunda! Jangan berpeluk tubuh saja. Jangan biarkan bahasa Melayu terkubur begitu sahaja sebagaimana terkuburnya lipas yang aku pijak tadi. Kesian..

Baiklah. Setakat ini sahajalah luahan hatiku yang amat kecewa dengan sikap rakyat Malaysia yang tidak mahu menggunakan Bahasa Melayu dengan elok dan lebih malang lagi golongan ini suka merojakkan bahasa Melayu yang indah bahasanya. - Atlet Malaysia pun tak reti cakap bahasa Melayu dengan betul semasa diwawancara oleh wartawan. Hancur!

Nah! Aku harap korag fikirlah sendiri pasai apa aku duk canang kenapa kita perlu memartabatkan bahasa Melayu atau bahasa Kebangsaan ini? Fikirlah ye.

Tetapi aku sedar bahawa orang Melayu tak sedar kedudukan mereka sekarang di tahap mana. Maksud aku, belia-belia Melayu yang hanyut ni.

Dan apabila aku lihat fenomena yang berlaku sekarang, tiada siapa pun yang sedar mengapa kita perlu mempertahankan Bahasa Melayu? Lebih menghairankan, kerajaan baru sedar akan kesan PPSMI sejak diumumkan pada tahun 2003. Lagi pelik bin ajaib ,mereka yang menentang PPSMI dulu,kini menyokong PPSMI.

Silap siapa?

Ohya, jangan cari kesilapan tetapi carilah penyelesaiannya. - Bereeeh!!!!

Untuk menambahkan pengetahuan korang. Sila baca - Nilai Sebenar Bahasa Melayu.

0 comments:

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??