Bismillahirahmanirrahim...
Sudah lama aku tidak menjenguk satu-satunya blog kesayanganku ini. Maka, aku pun mengambil kesempatan untuk datang ke RedWire.net iaitu Cybercafe yang dekat dengan rumah aku. Tetapi sayangnya domain blog www.amirizzat.com dah nak habis. Terpaksa la aku bayar sebelum 16/12/2011 tetapi yang menjadi masalahnya aku ni sudah kesuntukan duit. Huhu. Sehubungan itu, barangsesiapa yang ingin membuat amal jariah,boleh lah hantar duit ke dalam akaun aku. Tak banyak, 30 Ringgit Malaysia ja. Hehe. - skema la pulak bahasa aku. Tak apa, janji bahasa Malaysia dijulang dan dimartabatkan!!
Baiklah! Pada kali ini aku hendak berkongsi dengan korang yang telah tersesat ke blog aku yang hina dina ini berkenaan peperiksaan SPM yang aku hadapi sekarang. Fuh! Memang mencabar minda dan kepala lutut. Ya lah..kepala lutut ni asyik bergegar...tangan pula sentiasa berpeluh! - memang getir lah perjuangan ini!
Hari pertama - 14.11.2011.
- Kertas Bahasa Melayu.
- Bagi aku soalan kertas Bahasa Melayu SPM 2011 ini sememangnya mudah. Contohnya, Kertas 1 Bahasa Melayu. Soalan yang berbunyi " Apakah usaha-usaha yang anda harus lakukan untuk merealisasikan cita-cita anda?" Senang bukan? Saya pasti anda sendiri mampu menjawap soalannya tetapi aku pula pilih soalan 5 yang berbunyi " Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri sahabat yang baik." Maka, aku pun jawap " ciri-ciri sahabat yang baik adalah orang seperti saya! - Yahoo!
- Kertas 2 Bahasa Melayu pula,alhamdulillah boleh jawap cuma ada soalan yang tidak ku sangkakan akan keluar. Aku rasa yang aku gagal bab peribahasa kot. Ada ke patut aku bagi jawapan " bagai pipit pulang ke jinjang" untuk soalan " berikan peribahasa untuk ; seorang pemuda yang merantau telah kembali ke tempat asalnya". Padahal jawapannya " bagai sireh pulang ke gagang" kot. Hendak..aku kuat mengelamun. Haha!
Hari kedua. - 15.11.2011
- Kertas Bahasa Inggeris.
- Untuk pengetahuan korang yang arif lagi bijaksana. Dua-dua kertas Bahasa Inggeri amat " seney meyssek! atau dalam bahasa standartnya mudah yang teramat sangat!!! Lagi mudah daripada soalan Bahasa Melayu. Betul ni wa cakap lu!!!! Untuk soalan " The famaous person you admire" sememangnya senang untuk lu orang. Kalau lu orang minat K-pop memang boleh jawap la sebab kawan gua yang minat K-pop; Super Junior boleh cerita pasal idolanya. Gila siot! Tapi gua akan pengsan kalau lu orang cerita pasal M-pop ;kumpulan 24:7. Haha. - Ini dewan SPM, kawe legend!
Hari Ketiga. - 16.11.2011
- Kertas Sejarah.
- Ni ha, aku nak bagitahu tahu korang satu rahsia bab soalan SPM kertas Sejarah ni kerana rata-rata budak sekolah aku boleh jawap. Pasai apa benda ni terjadi? Pasai diorang baca buku! Hahahah. Okeyh! Gua kencing lu tapi bukan kencing yang tu...kencing tu tipu. - Wa takut lu salah faham walaupun wa tahu lu ada PHD! Hehe. Sorry maa...
- Kertas Sejarah memang senang. Kertas 1 aku dapat jawap dengan lancarnya. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah sebab Allah memudahkan perjalanannya. Semalam, aku kira markah untuk kertas 1, aku betul 27/40 kot. Amat okey lah untuk pelajar yang kureng pandai macam aku ni. Hehe!
- Kertas 2 pula. MasyaAllah... teramat senang. Gua dapat jawap beb! Setahu gua, bab Sejarah ni gua lemah tapi gua macam tak percaye jerrrr gua boleh jawap dengan begitu lancar. Pernah juga gua terpikir, kalau gua hidup 100 tahun dulu, tak perlulah gua belajar Sejarah! Haha. - Faktanya, aku tahu Sejarah yang aku belajar di sekolahnya semua tidak benar dan telah diolah! Aku tahu tetapi siapalah aku ini untuk menyatakan kebenaran jika ada pihak yang tidak mahu perkara ini disebarkan.
Hari Keempat. 17.11.2011
- Kertas Matematik.
- Sebenarnya, aku dah penat menaip. Dalam hati aku, aku harap tulisan ini dapat dibaca oleh cucuku kelak yang mengambil SPM kelak. Baru dia tahu pengalaman datuknya. Ah! Gila lah cucu aku nak baca. Haha.
- Hurm... aku malas nak cerita pasal kertas Matematik kerana sememangnya mencabar dan agak SUSAH!!!! Argh! Gua dah mula tension.... ok. Gua berhenti dulu ye. Assalamualaikum wbt!!!!! Terima kasih sudi mendengar luahanku!
Nota kaki: Ustaz gua cakap, selepas kita berusaha. Kita hendak berserah diri kepada Allah swt yang Maha Bijaksana. Bagaimana caranya? Iaitu dengan berdoa dan bertawakal! Baiklah! Selamat Berjaya!!!!
15 comments:
amir izzat? baru SPM? wani ingat dah 20-an.. erkkk..tertipu dengan blognya yg kematangan sket... T__T
Salam, semoga dapat menghadapinya dengan tenang dan jaya bro.. hehe ;-)
hee.. yang pling sudah semestinye kimi adn bio.. yang lain oke. hahah =)
Latest!| Klik SINI |
gua plak nak menunggu stpm next week ni. amir, exam BM & BI asal soklan dia mcm standard UPSR ni??? huwaaa, gua nak repeat SPM blik!!!!
kenapa SPM zmn skrg sng sgt bndg SPM zmn aku dulu?? itu cerita 10 tahun dulu. hehe
ni cikgu Laili nak komen tentang subjek Sejarah. cikgu rasa soalan amat mudah bagi tahun ini. K1 ada pelajar sekolah cikgu yg dapat 35/40. Manakala K2 juga senang soalannya & tentulah mudah bagi pelajar untuk menjawabnya..
Amir, cikgu tak berapa setuju dgn pernyataan Amir.."Faktanya, aku tahu Sejarah yang aku belajar di sekolahnya semua tidak benar dan telah diolah! Aku tahu tetapi siapalah aku ini untuk menyatakan kebenaran jika ada pihak yang tidak mahu perkara ini disebarkan. "
Berhati2 bila menulis. Sejauh mana ketidakbenarannya, hanya Allah yg tahu..wallahua'lam :)
Moga mendpt keputusan cemerlang dalam SPM. jgn lupa bgtau berapa keputusan utk subjek Sejarah ye..
slm,amir.awk ny amek alirn ape eak??sy rse ckp awk btol la..sln mt pper 1 mmg ssh sgt!but,plz answer my qstion k...tq!
BM susah gila arh -.-'
Saya tengok senior2 sekolah saya, tak macam tengah ambil SPM pun. Riang ria je. Kanak2 ribena gitu. =.=
@CikSyazwaniAziz.Yup! Baru je SPM nie.. hurm..sebenarnya blog ja matang. Tuannyer tak matang lg kot.. haha
@Ajeyy Rawk. W'salam. InsyaAllah.. Terima kasih kawan!
@PinQib: Hehe...nasib baik amir tak ambik. Hehe.
@Wanie: Stpm? Waaah!! Selamat berjaya ye! Hurm... soalan standart UPSR ke ni? Alamak..malu ni kalu tak dapat A. haha
@Kama Irahsa: Mungkin sebab zaman dah berubah dunia dah maju..kot. hehe
@Cikgu Laili: Wah@ Hebat pelajar sekolah cikgu. hehe. Hurm, K2 semenangnya senang. Mudah-mudahan dapat A. Hehe..
Hurm, cikgu. Maaf. Bukan semua Sejarah yang diajar tu salah tetapi ada sesetengah fakta yang disorok yg menimbulkan tanda tanya sehinggakan guru Sejarah pun terpaksa merahsiakannya. Maaf jika tersilap tetapi sememangnya isipati Sejarah yang kita belajar sekarang tidak relevan sebab kita tak belajar tentang sejarah Kerajaan Melayu. Sejarah Nusantara ini. Maaf jika saya terkhilaf.. (emosi kot. hehe)
Terima kasih kerana doakan saya dan terima kasih kerana tegur saya.
p/s: kalau kertas Sejarah cemerlang, saya bagitahu.. hehe
@shahadah94: W'salam. Hurm, saya ambil aliran vokasional. Hhee. Kenapa? Hurm,, math? Memang memeningkan.. hehe
@D-sim: Bm susah? Ya,Memang diakui payah sikit. hehe
@Naurah Alwani: Hurm, riang je? Mungkin diorang dah bersedia kot.. wallhualam. hehe
yap, stuju dgn math. apsal soalan math taun ni pelik semacam? probability tuh mcm lain sesgt r
ramai ckp soalan math susah ohh
@iffa.zainal..yaaah! soalan itulah yg memerangkap diriku..huhu
@impian ashiey: memang susah pon..ke senang? hehe.. susah bagi org yang tak cukup latihan macam Amir nie. hehe
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??