Kadang-kadang aku terfikir…
Adakah UMNO benar-benar memperjuangkan Melayu? Bagaimana pula dengan agama Islam?
Perhimpunan Agung UMNO 2011 telah berlangsung.
Banyak kata-kata semangat diberikan kepada ahli UMNO agar mereka bangkit dan bersatu.
Iya! Bersatu! Bersatu! Bersatu!
Kalimat ini yang ku dengar.
Kalimat ini yang diutarakan oleh pemimpin tertinggi UMNO.
Kalimat ini juga yang pembaca berita bagitahu.
Tetapi bersatu dalam segi apa?
Bersatu memperjuangkan Islam dan Melayu?
Bersatu bertambah mutu?
Bersatu agar kita mendapat kuasa lebih?
Bersatu agar rakyat menerima UMNO?
Bersatu supaya UMNO kekal berkuasa?
Tetapi aku musykil.
Bersatukah UMNO dalam memperjuangkan Islam dan Melayu?
Iya! Selepas mendapat mandat daripada rakyat untuk menerajui Negara sejak dahulu lagi, adakah UMNO telah memperjuangkan Islam dan Melayu? Melayu selalu dikaitkan dengan UMNO. Jarang sekali Islam dikaitkan dengan UMNO tetapi sedar atau tidak bahawa orang Melayu adalah beragama Islam?
Ya! Aku akui bahawa UMNO telah memperjuangkan Islam(walaupun bukan agenda utama) dan Melayu tetapi sejauh manakah perjuangan UMNO itu berjaya? Taktala masih berlaku perpecahan. - mungkin kerana sikap manusia.
Andai kata perjuangan UMNO berjaya dalam memperjuangkan Melayu.
Mengapa Bahasa Melayu seoalah-olah dipandang enteng? Dihina! Diherdik! Diperlekehkan! “Kolotlah bercakap dalam bahasa Melayu.” Itu yang mereka tunjukkan. Bagaimana? Melalui tindakan mereka yang bercakap bahasa Melayu sepertimana ROJAK buah dibuat.
Iya! Berbahasa ROJAK dengan mencampur adukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Mengapakah keadaan ini wujud? Namun,apa yang pasti, sebelum Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris(PPSMI) diperkenalkan, perkara ini tidak berlaku. Kemudian, fenomena berbahasa rojak mula berlaku selepas itu.
Walaubagaimanapun, tahniah buat Kementerian Pelajaran kerana sudah sedar dari tidur yang panjang dengan memansuhkan PPSMI ini. Itupun setelah didesak oleh beberapa pihak dan setelah bangun dari tidur yang panjang,Kementerian Pelajaran baru sedar bahawa PPSMI ini telah menjadi barah di kalangan anak Melayu.
Usah diceritakan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang. Apa yang jelas adalah, bahasa Melayu dipinggirkan. Anda sendiri tahu bukan?
Baiklah. Kita hanya berbicara dalam konteks memartabatkan bahasa Melayu. Persoalannya, benarkah UMNO memperjuangkan orang Melayu? Jika benar, mengapa penerapan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat begitu lemah? - Hal ini adalah perkara yang paling asas.
Saya kira, UMNO harus berubah! UMNO harus sedar kepentingan bahasa! Tidak mustahil bahasa Melayu akan menjadi bahasa ilmu jika usaha untuk memartabatkannya terus dilakukan tanpa mengira desakan pihak ketiga.
Lebih malang lagi, ada orang Melayu yang lebih suka berpeluh tubuh asalkan periuk nasi mereka tidak diganggu. Hairan..
Baiklah. Jika kita berbicara pula tentang soal Islam, adakah UMNO memperjuangkan Islam? Oh ya, lupa pula bahawa UMNO bukan memperjuangkan Islam padahal sewaktu UMNO ditubuhkan dulu, laungan “Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!” kedengaran apabila orang Melayu menentang Malayan Union. Kini? Milik PAS? Oh ya! Mungkin ketika itu orang Melayu BERSATU.
*************
Ketika khusyuk mendengar laporan berita.
Inilah kata-kata yang ku dengar “ Kembalikan maruah UMNO dan Barisan Nasional” dan “ Maruah Melayu harus dipertahankan!!” tetapi bagaimana pula dengan maruah Islam? Siapakah yang akan memperjuangkan Islam? PAS? Iya, aku masih mengharap….
Tadi, perkataan “ PAS bukan parti memperjuangkan agama tetapi parti politik” sampai di telingaku semasa menonton TV3.(Merujuk kepada kata-kata pemimpin pemuda pemudi UMNO) Kalau PAS bukan parti yang memperjuangkan agama, adakah UMNO parti yang memperjuangkan agama? -Berbalik kepada slogan BERSATU tadi, aku berharap kita umat Islam di Malaysia khususnya Melayu ini bersatu dalam sah yang lurus. Apabila kita bersatu dalam sah yang lurus, kita juga harus bersatu di mana-mana sahaja tetapi apa yang berlaku tidak seperti diharapkan?
Aku sedih dan pedih! Beginikah nasib Islam dan Melayu?
**********
Harapan aku.
1.
1. UMNO akan memperjuangkan agama Islam habis-habisan.
2. UMNO akan sedar kepentingan bahasa Melayu!
3. UMNO akan mengubah nasib orang Melayu!
4. PAS akan sedar kekhilafan mereka.
5. PAS dan UMNO akan bersatu dalam memperjuangkan Islam, orang Islam dan Melayu.
6. Orang Melayu sedar kedudukan mereka sekarang yang semakin terhakis.
7. Tanah Melayu ini tetap akan menjadi milik orang Melayu.
8. Al-quran dan Sunnah diutamakan dalam setiap perjuangan.
9. UMNO dan PAS memperjuangkan kepentingan solat kerana solat mencegah kemungkaran dan perbuatan fasik.
10. UMNO kekal sebagai pemerintah dan pembangkang kekal sebagai pembangkang.
11. Kes murtad akan berkurangan.
12. Tiada lagi penghinaan terhadap agama Islam.
13. Tidak kiralah siapa anda, jika anda beragama Islam. Anda harus bersatu antara satu sama lain.
14. Isu halal akan selesai.
15. Banyak lagi harapan yang aku sentiasa harapkan.
2. UMNO akan sedar kepentingan bahasa Melayu!
3. UMNO akan mengubah nasib orang Melayu!
4. PAS akan sedar kekhilafan mereka.
5. PAS dan UMNO akan bersatu dalam memperjuangkan Islam, orang Islam dan Melayu.
6. Orang Melayu sedar kedudukan mereka sekarang yang semakin terhakis.
7. Tanah Melayu ini tetap akan menjadi milik orang Melayu.
8. Al-quran dan Sunnah diutamakan dalam setiap perjuangan.
9. UMNO dan PAS memperjuangkan kepentingan solat kerana solat mencegah kemungkaran dan perbuatan fasik.
10. UMNO kekal sebagai pemerintah dan pembangkang kekal sebagai pembangkang.
11. Kes murtad akan berkurangan.
12. Tiada lagi penghinaan terhadap agama Islam.
13. Tidak kiralah siapa anda, jika anda beragama Islam. Anda harus bersatu antara satu sama lain.
14. Isu halal akan selesai.
15. Banyak lagi harapan yang aku sentiasa harapkan.
Sehubungan itu, aku harap bahawa Malaysia akan menjadi sebuah Negara Islam yang maju. Bukan Islam atas nama tetapi penerapan Islam kekal dalam jiwa rakyatnya yang beragama Islam. Sikap perkauman harus dibuang! Hak tetap dipertahankan! Agama Islam terus dijulang! Melayu tidak akan hilang didunia.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Apa yang kita ada sekarang adalah bermula dari masa silam.Tetapi masa silam harus dijadikan pengajaran.
Akhir kata, andai kita memperjuangkan Islam. Kita akan tahu tanggungjawap sebagai seorang khalifah dan sebagai hamba Allah dimuka bumi ini.
Nota kaki:
Jika anda tidak fasih berbahasa Melayu, sesungguhnya anda tidak layak menjadi warganegara Malaysia dan jika anda tidak mengikut perintah Allah, sesungguhnya anda tidak layak menerima rahmat dan nikmat Allah swt. Jom berhijrah selagi pintu taubat masih terbuka!
p/s: Maaf jika pandangan ini tidak menepati selera anda. Assalamualaikum wbt.
1 comments:
hmmm , no komen la bro .. huhu :D
kawe bereh blakow.. ko gano gu? haaha!
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??