Siapakah Yang Paling Sesuai Untuk Kita Luahkan Perasaan?

Bismillah. Assalamualiakum wbt. Apa khabar Cik Kak, Makcik , Pakcik??? Sihat belaka ka?? Hehe.

Ok! Apa topik kita hari ini ye? Ha! Jom kita bercakap tentang  Siapakah yang paling sesuai untuk kita luahkan perasaan?

Dalam hidup ini, kita ada bermacam-macam pertalian. Ada ayah, ada ibu, ada adik, ada kakak, ada abang, ada adik, ada nenek, ada atok dan banyak lagi lah. (ulang sampai muntah). Yang paling penting, pertalian sesama Muslim dan setiap Muslim adalah bersaudara. *Amaran keras! Jangan putuskan silaturrahim.

Tetapi antara ramai-ramai manusia yang ada kat bumi ni. Agak-agak siapa yang paling sesuai untuk kita meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Contohnya lah.

1. Kau sedang putus cinta, pada siapa kau nak luahkan?
2. Kau sedang mengalami tekanan jiwa, pada siapa kau nak luahkan?
3. Kau kena tolak dengan awek, pada siapa kau nak luahkan?
4. Kau kena buang kerja, pada siapa kau nak luahkan?
5. Kau ada masalah yang banyak sangat, pada siapa kau nak luahkan?

Mari kita tengok kalau kita luahkan padaaa......

1. Kawan.

- Amir rasa kalau korang menceritakan masalah anda pada seorang kawan yang kononnya lah dianggap kawan baik walhal lelaki atau perempuan. Belum tentu dia memahami. Betul Amir cakap. Sudah tentu masalah korang akan bertambah bila kawan-kawan gelak beramai-ramai dek masalah itu. " Ha! Ha! Ha! Itu lah kau..muka macam tembikar pecah. Ada hati nak mengorat..) - kes kena tolak dengan perempuan.

2. Teman Lelaki / Teman Wanita.

- Amir tak pernah luahkan perasaan Amir dekat awek Amir (cover takdak awek sebenarnya.haha) sebab Amir tahu kalau lelaki luahkan perasaan kat perempuan. Nampak janggal disitu. Seorang teman lelaki/wanita belum tentu faham masalah korang. Korang titiskan lah air mata darah akibat masalah korang tetapi tetap tidak selesai. Paling kurang pun teman lelaki/wanita akan cakap " sabarlah lah sayang...saya tetap disini awak.." - Haktuih. 

3. Ayah.

- Siapa yang pernah luahkan perasaan kat ayah sila angkat tangan?? Dalam ahli keluarga, yang paling Amir takut adalah ayah Amir. Garang tuuu. Iya lah kan, kalau buat salah mesti lah kena rotan. Hehe. Amir rasa kalau hendak luahkan perasaan kat ayah memang berat sikit kot. Kalau tak kena marah, kena tegur lah. Kalau tak kena tegur, kena rotan lah. Hehe. Itu zaman budak-budak. Mungkin kerana sikap tegas seorang ayah itu membuatkan anak-anak sukar untuk mendekati mereka tetapi anak-anak perlu tahu bahawa di sudut hati mereka, mereka sayang kita! Hehe! Ayah...memang seorang penyayang tetapi masih ada seorang lagi yang paling sesuai. Iaitu ibu.

4. Ibu/Mak/Ummi/Amma/Indai.

- Iya! Ibulah tempat yang paling sesuai untuk kita luahkan perasaan. Ibulah yang menjaga kira sejak dari kecil lagi. Dari jauh pun ibu sudah tahu apa masalah kita. Tidak kira lah kita ni anak derhaka ke, tak dengar kata ke, perangai macam Dajjal laknatulllah ke, buat kerja jahat nauzubillah ke...seorang ibu pasti menyayangi anaknya seperti yang kita lihat dalam drama.

Ibu mana tak sayang anak. ( Ibu HARAM tak sayang anak..- celah Jamil). Bagi Amir, lebih selesa meluahkan segala-galanya pada seorang ibu. Ibu adalah orang yang paling memahami kita. Ibu adalah orang yang dapat menaikkan motivasi kita. Tidak ada duit, dia bagi. Tidak ada semangat, dia bagi.

Amir teringat kata-kata Cikgu Dahuda antara ingat tak ingat. " Mirul, kamu ada masalah ke? Kalau kamu ada masalah, luahkan je la kat mak. Jangan pendam atau luahkan dalam facebook, luahkan pada awek.takdak gunanya. Luah kat mak ayah. Merekalah tempat yang paling baik untuk meluahkan perasaan. Mereka lah orang yang paling faham tentang anak-anak. Jangan malu..."

Aku yang mendengar hanya tunduk dan mengiyakan saja. Terima kasih cikgu tapi kan..cikgu macam tahu je aku ada masalah ketika tu. hehe.

*******

Jadi, kawan-kawan. Kalau ada masalah, berjumpa lah dengan ibubapa masing-masing. Luahkan segala-galanya pada mereka.Tak payah nak malu, pegang tangan perempuan tak malu pulak! Tengok awek tak malu pulak! Ini nak jumpa mak ayah sendiri pun malu. Adoi! (mengeleng kepala 12 pusingan). - tak lawak. :)

Wahai teman seusiaku, remaja remaja yang sedang meningkat dewasa. Aku faham bahawa kalian memerlukan perhatian ibubapa. Maka, andai kalian ada masalah. Kalian kongsilah dengan ibubapa kalian agar masalah kalian akan selesai dengan segera. Aku yakin kalian akan berlapang hati sejurus itu.

Sahabat, aku menyeru, menangislah sepuas-puasnya disisi ibu dan ayah andai ada masalah dan sayangilah mereka sebanyak mungkin sebelum mereka pergi meninggalkan kita atau kita yang meninggalkan mereka terlebih dahulu.

Jangan malu!
Jangan segan!
Kelak menangis tak berlagu.

Tetapi apa yang daku lihat pada hari ini. Ibubapa semakin dijauhi. Rakan dan pasangan menjadi tempat untuk meluahkan segala-galanya. Ibubapa dilupakan..aku kesal. Dimana silapnya teman? 

Dapat satu komen tadi dan baru teringat.


Tempat yang paling afdal kita luahkan ialah kepada ALLAH swt. Iya, berdoa dan merintih lah pada ALLAH swt yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar. Ingatlah Allah ketika senang dan susah. DIA lah sebaik sebaik tempat untuk kita luahkan segalanya..



-maaf atas kekhilafan diri ini-

Persoalan: Andai korang ada masalah, korang luah kat siapa ye? Hehe. ^.^

18 comments:

Invisible Me berkata...

memang pada ibu lar tempat luah segalanya.
tapi jangan sesekali lupa Allah sentiasa mendengar masalah kita :)

Amir Izzat berkata...

@.fariza... Iya, Allah lah sebaik sebaik tempat... terima kasih atas peringatan ini. :)

Niena Muhammad berkata...

Allah tmpat kte meluahkan segalanya, sedih.. suka,duka.. gembira.. dia uji kte utk uji martabat kte supaya jdi lbih tggi..

http://www.my-shopping2u.com/2011/07/aku-sedih-dan-kecewa.html

My Name is Mar berkata...

Aku suka giler blog kau!
Simple je dowh!
I LIKE!

Berbalik kepada entri..
Mengadu kepada Allah adalah yang TERBAIK..
Tapi,.. Jangan pula bila ada masalah baru nak ingat ALLAH,.
Bila senang,..
Tikar Sejadah gulung dalam almari..

Ibu Ammar berkata...

simpan sorang je baguih

ain fathihah fhm berkata...

untuk perkara serius,saya suka berbual pasal masalah saya dengan orang yg lebih dewasa dan matang dari saya.

Unknown berkata...

janji diorng ni orng yg kte leh caya :D

cool sabtuday gathering with bloggers http://eleventx.blogspot.com/2011/07/blogger-sports-carnival-2011-with.html

Tanpa Nama berkata...

ehem.. biasanya saia akn meluahkan pada umi. tapi bila terfikir namau membebankan umi, saia lebih berdiam dan berdoa kpd Allah.
tp kalau setakat hal2 remeh tp rasa mau luah, saia cari sahabt saia. Eya, sahabat. Kerana sahabat lebih pandai simpan rahsia berbanding kawan.

Umie Nadhirah berkata...

ibu !

adda berkata...

kalo adda, mak...kawan jarang sgt2... allah x lupe gak.. ;)

Ilaasuhailaa berkata...

thanx sudi follow ilasuhaila!

http://akukanila.blogspot.com/2011/07/follower-ke-400-congratulations.html

aizamia3 berkata...

KepadaNYA kita mengadu selain dari ibu dan bapa.. ;)

PuanPepel berkata...

kalau balik uma mmg luah byk menda kt mak....kalau jauh kt pakwe n kgkawan..sbb mak tak suka ckp tepon lama2...

mohdhazlan Dreadlock berkata...

pada tuhan ...dia maha mendengar ...

tengkorakemas berkata...

Allah suka kalau kita mohon doa banyak2 pada-Nya, tunjukkan kesungguhan kita, buat solat hajat, mengadu pada Dia

lepas tu sebagai anak tak bolehla kita nak sorok masalah dari ibu bapa..

tapi selalu dalam drama, bila anak ada sakit, dia tak nak bg tau ibu bapa..tau2 dah kronik masuk wad dan meninggal

er contoh je

Unknown berkata...

sy ramai siblings so 10 org kena share sorang mak.tp mak always da best...cite pe pun mesti semua bnd dia support.tp sy more to kakak2 sy la kalau da prob.....n Allah is the best place nak luahkan.senang atau susah. hanya Allah sentiasa dekat di hati kita.insyaAllah..

n amir.

lama xjenguk blog... rasa terlepas baca entry dah.tp x terjumpa entrty lame2 kat ne..huhu

Dila Sarbini berkata...

lebih suka senyapkan diri..=)

Rizky™ berkata...

selalu senyapkan diri, pergi ke tempat yg boleh tenangkan diri, kat tempat tu, mula lha kite fikir, indah nya ciptaan allah, n bnyak lagi. Sya x pernah luahkan perasaan sya. Kdg2 rse nk gila pun ade. Tapi, sye cume tahan jer. :)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??