"
Ramalan:2012/ada satu laungan yg boleh membuatkan semua org mendengar
ramalan:121212/hari kiamat.tercatitnya dlm kamus yg mendalam dan d ramal oleh seorang rakyat US.
*sembahyang,bertaubatlh anda sblm d sembahyangkan,d taubatkan.ALLAHUALAM-.-
****
Yang update ini seorang muslim mengikut infonya. Hairan dan pelik aku. Kan kita sebagai orang muslim sudah tahu bahawa hari Kiamat pasti akan berlaku dan kita tak tahu bila akan berlaku.kan? Hari Kiamat itu perkara ghaib.
Aku disini bukan nak mencemuh atau mengaibkan status si dia di atas tetapi kalau kita percaya akan ramalan itu? Macam mana ya ek? Syirik ke? Aku tidak lah pandai sangat tentang agama tetapi aku tahu yang kita tidak boleh percaya ramalan -ramalan macam nie. Terutamanya dari orang yahudi.
Allah itu Maha Mengetahui. Hari Kiamat itu hanya Allah sahaja yang tahu. Walhal Nabi Muhammad pun tidak tahu bila kiamat akan berlaku,kan? .
Oh ya,apa yang aku tahu. Orang akhir zaman yang tinggal adalah seburuk-buruk umat(ketika berlakunya hari kiamat). Betul ke? Wallahualam.
Semoga kita terpelihara dengan rahmat Allah.
Nota: Benda yang paling rapat dengan kita adalah MATI.