Sejak  merantaui jauh nun disana, aku selalu teringatkan kawan-kawanku di  kampung. Memang indah saat kami bersama. Aku rindu akan masakan mak long  aku. Aku rindu semua yang ada di kampungku. Tiga tahun aku disana, mana  mungkin aku lupakan kenangan yang tercipta.
Walaupun  selepas aku merantaui, jarang sekali aku berhubung dengan sahabatku  disana tetapi kerinduan itu makin menebal. Aku rindu untuk bercakap  bahasa ibundaku. Aku rindu untuk bermain permainan orang Kelantan.( Cth.  Choh). Aku rindu saat aku dan kawanku mandi di Lata Kertas. Aku rindu  saat kami lepak bersama-sama. Aku mengerti bahawa itu semua tinggal  kenangan.
Kini  cuti pertengahan tahun kembali lagi. Aku kira sudah hampir setahun aku  tidak pulang. Mungkin dua tahun. Argh! Aku lupa masanya kerna masa  berlalu dengan pantas sekali. Aku harap cuti kali ini aku manfaatkan  sebenar-benarnya. Memang aku terlalu rindukan mereka.
Suasana  di kampungku amat berbeza dengan suasana di bandar Kuching ini. Aku  dapat rasakan bahawa kehidupan di bandar ini membuatkan aku tiada masa  untuk bersama kawan tetapi di kampung aku ada masa untuk lepak dan  mengeratkan silaturrahim antara kami. Kami bermain guli bersama-sama,  ronda-ronda bersama, mandi sungai bersama dan semuanya bersamalah. Dan  kami amat erat sekali. Ukhuwah di antara kami memang erat..
Tapi  di bandar, budak disini tidak mungkin bermandi manda di sungai. Tidak  mungkin bermain guli. Tidak mungkin mahu berkelah di tempat air terjun  dalam hujan. Tidak mungkin memukat ikan. Tidak mungkin membidas ikan.  Tidak mungkin bermain permainan tradisional. 
Oh!  Aku begitu rindu kampungku..aku begitu rindu masakan maklong ku.  Masakan orang Kelantan yang enak sekali. Masakan yang ku makan selama 3  tahun. Terima kasih Mak Long dan Ayah Long kerna sudi menjaga Amir  selama 3 tahun disana. Jasa dan budi Pak Long dan Mak Long tidak dapat  Amir balas. Sungguh besar sekali..
Aku  harap..cuti kali ini akan ada sesuatu yang bermakna buat diriku. Aku  tidak mahu menghempuskan nafas terakhir ini jauh disana. Biarlah aku  menghembuskan nafas yang terakhir ini disisi keluarga yang tercinta. Aku  takut andai aku tidak dapat melihat wajah ayah, ibu, adik dan  keluargaku. Aku mahu "pergi" dengan aman.
" Ya Allah...Engkau tetapkanlah imanku. Matikanlah aku dalam beriman dan bertaqwa kepadamu."
Dan..maafkanlah aku sahabat kerna kita tidak bisa menjadi seperti dulunya.
 
 


 
3 comments:
Seronok bila bercerita tentang kampung. ;)
Teringat masa dulu.. lepak dengan kawan2 atas titi, terjun sungai, ronda2 satu kampung, redah jalan2 hutan yg sempit sambil bercerita pasal hantu, haha.. best gilak lah. Sampai comot2 pun tak kisah.
Tapi sekarang ni mana ada macam tu dah.. semua bawa haluan masing2. Kalau berjumpa pun tak brapa nak bertegur sapa, sejak kejadian 'itu'lah.. sedih sungguh..
Setiap kali pulang ke kampung, saya berharap hubungan kami pulih seperti biasa.. tapi harapan tinggal harapan..
Kemodenan yang membawa segelintir daripada kita untuk menjauh daripada Tuhan, menjauh daripada keikhlasan dlm besahabat.. ;(
p/s: Whoaa! Panjang gila komen. Sori. Terluah perasaan lak kat sini. =P
kelik2 la etek..
sy pun lamo doh x kelik..uwaaaaaa...
jadi kat sarawak amir dok dgn sape?
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??